10 Kaedah Umum Merawat Kulit Kering (Dry Skin Simple Remedies)

Dear Fabulous,

Menggambarkan jerawat atau acne, secara automatik uols mengaitkannya dengan kulit berminyak, namun masih terdapat di antara kita yang memiliki kulit kering namun menderita dengan masalah jerawat. Mereka yang mengalami kulit kering dan berjerawat bukanlah sesuatu yang asing atau ganjil, you all mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa banyak yang mengalami masalah kulit sebegini.

Merawat kulit kering agak mencabar. Seperti yang uols ketahui, majoriti produk perawatan acne di pasaran dirumuskan khas untuk mereka yang berkulit berminyak. Sekiranya memiliki kulit kering dan berjerawat, penggunaan kebanyakan produk rawatan untuk acne atau jerawat akan membuatkan kulit lebih kering lalu menyebabkan iritasi... Di sini kami ingin berkongsi solusi

Kami kongsikan kaedah terbaik untuk penjagaan kulit jenis kering.

1. Gunakan produk jenis krim atau losyen bagi merawat acne

Walaupun majoriti treatment untuk acne membuatkan kulit lebih kering, namun masih terdapat jenis produk yang kurang mengeringkan seperti ointments, losyen dan krim. Anda mungkin lebih selesa dengan tekstur kulit anda selepas menggunakannya. Pastikan, walau jenis treatment apa yang anda gunakan, TIDAK menggunakannya lebih kerap dari kadar yang disarankan. Bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, penggunaan kerap tidak akan memberikan kesan yang lebih baik untuk kulit atau dapat merawat masalah acne dengan lebih pantas.

2. Lembapkan Kulit Setiap Masa

Ya, sis semua kena lebih rajin untuk memakai pelembap kulit setiap hari sepanjang masa untuk mengelakkan kekeringan. Bagaimana untuk mengelakkan jerawat atau acne muncul namun kulit masih kekal lembap? Mudah saja! Apa yang perlu anda lakukan ialah peka dalam memilih pelembap yang sesuai untuk kulit jenis kering berjerawat. Anda boleh menggunakan pelembap untuk kulit sensitif memandangkan ianya lebih ringan dan masih efektif. Anda mungkin tertarik untuk menggunakan pelembap yang dirumus khas untuk kulit berjerawat tapi ia mungkin menjadi satu kesilapan yang besar untuk anda kerana ianya teramat mengeringkan.

3. Pilih Pencuci Muka Yang Bersesuaian

Pencuci muka merupakan antara satu lagi produk yang memerlukan penelitian. Seperti pelembap dan produk lain yang dirumus khas untuk masalah jerawat, jenis produk ini terlalu mengeringkan kulit anda. Pilihan pencuci tanpa buih adalah pilihan yang lebih baik kerana ianya tidaklah terlalu mengeringkan seperti jenis berbuih. Perlu ingat, sekiranya anda menggunakan ointment, krim atau losyen jenis merawat (medicated), gunakan pembersih wajah yang non-medicated. Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan pembersih jenis medicated, sebaiknya dapatkan rundingan pakar dermatologi terlebih dahulu!

4. Jangan Terlebih Membersih Wajah

Membersih wajah secara berlebihan akan menanggalkan minyak dan lembapan semulajadi yang dihasilkan oleh kulit anda. Sekiranya anda menggunakan pembersih wajah, hanya cuci wajah anda sekali sehari dengan produk pencuci wajah. Sebelah malam, apabila semua solekan sudah ditanggalkan, beberapa bilasan air sudah memadai untuk menanggalkan kesan kotoran pada wajah anda. Dengan cara ini, kulit kekal bersih tanpa menambahkan kekeringan pada kulit yang sedia kering.


5. Pelihara Kulit Anda Dari Elemen Pengering

Adakah anda bercadang untuk berada dalam keadaan berhawa dingin dalam suatu masa yang panjang? Jangan lupa untuk memelihara kulit anda dengan pelembap yang bersesuaian. Dan jangan fikir ianya selamat untuk anda terdedah kepada cuaca terang dan panas kerana anda masih memerlukan pelindung tabir suria yang tidak merangsang jerawat (non acnegenic) atau menutup pori (non comogenic) bagi melindungi kulit anda.

6. Gentian Dari Tomato

Kajian telah membuktikan bahawa sifat asidik dalam tomato membantu pengecutan jerawat atau acne. Tomato juga kaya dengan Vitamin A, C dan K yang kita ketahui digunapakai sebagai kandungan dalam losyen dan krim untuk acne. Belah sebiji tomato dan gosokkan kepada wajah anda. ataupun, lenyek tomato dan pakaikan kepada wajah seperti mask dan setiap seminggu sehingga anda sendiri dapat melihat hasil atau kesan pada kulit anda.

7. Kentang

Vitamin C yang terkandung dalam kentang membantu untuk penghasilan kolagen di samping menghalang serta memulihkan kerosakan akibat kesan sinar UV. Vitamin B dalam kentang pula membantu dalam penghasilan sel manakala niasin dalam kentang membantu mencerahkan wajah.

8. Jus Lemon

Siapa yang tidak tahu kesan mujarab buahan sitrus kepada kulit? Lemon atau buahan sitrus amat tinggi kandungan asid dan mengeringkan acne serta merta. Perah pati lemon pada kapas dan sapukan pada area yang bermasalah, ini akan membantu membersihkan wajah anda dari noda dan masalah.

9. Bawang Putih


Sekian lama bawang putih dikaitkan dengan perawatan wajah. Mudah dicar dan disimpan, tiada alternatif yng lebih baik dari bawang putih. bawang putih mengandungi sulfur, zinc kalsium dan allicin yang diketahui mempunyai unsur antifungus dan antibakterial. Lumatkan bawang putih bersama bunga lawang bersama sedikit air, sapukan ke wajah seperti mask. Cuci wajah anda setelah beberapa ketika.

10. Timun

Timun adalah sejenis sayuran yang mampu memberi kesejukan dan rasa nyaman pada kulit, selain mengurangkan iritasi kulit dan beberapa simptom lain. Hancurkan timun lalu sapukan pada wajah untuk melembapkan kulit dan menyerap minyak yang berlebihan pada kulit. Kulit kekal cool seperti cucumber!

Okay, harap uols boleh cuba one of these kaedahs to treat your combination or sensitive skin seperti yang disarankan di sini. Jangan lupa share your experiments and findings with us at Dr.Fabulous under the comments section below>>>

Comments

Popular Posts